Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Anggerik
Tema : Perpaduan
Tajuk : Perpaduan Teras Kejayaan
Tarikh : 19 Januari 2011
Masa : 10.00 – 11.00 pagi
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
i. Murid dapat mendengar dengan teliti dan menyatakan dua maksud tersirat berdasarkan lagu ‘Perpaduan Teras Kejayaan’.
ii.Murid dapat membacakan petikan ‘Kepentingan Perpaduan’ menggunakan jeda, intonasi dan gaya yang betul.
iii.Murid dapat menulis sebuah karangan yang bertajuk ‘Langkah-Langkah Mengeratkan Perpaduan’
Hasil pembelajaran :
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan, dan ayat yang sesuai.
Aras 2
i. Menghubungkaitkan dan menjelaskan isi tersurat dan tersirat dalam sesuatu bahan.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 2
ii. Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3
i. Menulis cerita berdasarkan sesuatu tajuk dengan menggunakan pelbagai jenis ayat.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran lisan, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, Sebutan dan intonasi, Peribahasa.
Ilmu : Bahasa Melayu, Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai : Kejujuran, Patriotisme, Hormat-menghormati, Kesyukuran dan
Semangat bermasyarakat.
Kemahiran Bernilai Tambah(KBT)
Kemahiran Berfikir : Mengimbas kembali, Membuat Inferens, Menilai, dan Penjanaan idea.
Kemahiran Belajar : Menerima Memproses dan Melaporkan Maklumat, Mengenal pasti.
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalis, Verbal-linguistik dan Emosi.
Pengetahuan Sedia Ada :
- Murid mengetahui Negara Malaysia sebuah Negara yang berbilang kaum.
- Murid dapat mengaitkan hubungan kebudayaan dengan perpaduan.
Alat bantu mengajar : Komputer, Video, Power point, LCD, buku tulis, alat tulis.
Langkah/masa | Isi pelajaran |
Set induksi (5 minit) | Guru menayangkan video lagu yang bertajuk ‘Perpaduan Teras Kejayaan’ beserta lirik. |
Langkah 1 (15 minit) | Audio lagu: ‘Perpaduan Teras Kejayaan’. Maksud tersirat: - Bangun membantu agar sepakat - Hindarkan hasrat sengketa kita |
Langkah 2 (15 minit) | Petikan: ‘Kepentingan Perpaduan’. Isi penting petikan: - Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. - Mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri. - Membangunkan ekonomi negara. |
Langkah 3 (20 minit) | Tajuk karangan: ‘Langkah-Langkah Mengeratkan Perpaduan Kaum di Malaysia’. Isi karangan: - Peranan kerajaan; mewujudkan dasar ekonomi baru,dan Wawasan 2020. - Peranan media; menghadkan penerbitan isu-isu sensitif. - Peranan masyarakat; menghindarkan perasaan curiga, dan berpengetahuan. |
Penutup (5 minit) | Pujian dan motivasi oleh guru |
0 comments:
Post a Comment