Kalimah Akhirah

     Perkara yang difokuskan adalah kerja kursus Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Berpandukan Komputer. Tugasan ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk melaksanakannya agar memperoleh hasil yang baik. Tugasan ini begitu mencabar bagi saya kerana ia memerlukan kecekapan individu untuk mengeksplorasi maklumat dari internet. Banyak pengetahuan yang saya perolehi selepas menjalankan tugasan ini. Saya dapat menggunakan internet untuk mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya telah mampu mengedit bahan pengajaran secara atas talian. Banyak maklumat-maklumat yang telah saya muat naik (upload) terutamanya di youtube dan scribd. Saya juga banyak belajar berkaitan kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu. Kaedah yang pelbagai mampu menarik minat murid untuk belajar sekaligus meningkatkan motivasi mereka.Saya sangat mengharapkan agar tugasan yang dilakukan mendapat markah yang baik. Saya telah berusaha dengan sebaik mungkin untuk melaksanakan tugasan ini. Saya juga turut berpuas hati dengan hasil yang telah saya lakukan sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment